~Jom Cuti Fans~

~PuLaU LanGkaWi~

Friday, August 21, 2009

Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.

Langkawi nie paling dekat ngan aku coz satu negeri..nak kata jauh taklah jauh sangat...terpisah ngan laut jer..tapi aku suka Langkawi..bab shopping apa2 kat sana mcm coklat paling aku suka..mana tak nya murah..dah nama pun bebas cukai..so harga lagi murah dari pasaran sedia ada...tak caya cuba gi sana, beli dan bandingkan harga dengan barang kat tempat lain..takkan dapat macam harga kat Langkawi nie..

Mcm-mcm pantai dan pulau yg ader kat sini..jarah pun dekat-dekat jer...
  • Pantai Cenang
  • Pantai Kok
  • Pantai Tengah
  • Pantai Pasir Hitam
  • Datai Beach
  • Pulau Rebak
  • Pulau Payar
  • Pulau Tuba
  • Tanjung Rhu
  • Burau Bay
Tempat-tempat lain pula..

  • Kuah
  • Padang Maksirat
  • Padang Beras Terbakar
  • Telaga Air Panas
  • Tasik Dayang Bunting
  • Gua Cerita
  • Gua Langsir
  • Gunung Mat Chinchang
  • Gunung Raya
untuk next entry aku akan postkan tentang Pantai Cenang dulu k..TUNGGUUUUUUU!!!!

~AsaL UsuL LanGkawi~

Menurut sejarah Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.

Pulau Langkawi sudah lama terkenal di kalangan ahli-ahli pelayaran dan perniagaan dari barat dan timur sejak abad ke 15 lagi sebagai sebuah pulau yang banyak mengeluarkan hasil rempah dan lada hitam yang sangat diperlukan oleh negara barat.

Laksamana Cheng Ho seorang ahli pelayaran Cina yang termashyur ada mencatatkan Pulau Langkawi di dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 sebagai Pulau Long~ya~kioo~yi. Menurut lagenda daripada seorang General Peranchis yang bernama Augustin De Beaulien dalam buku catatan pelayarannya bahawa dalam tahun 1621 beliau hendak belayar ke Queda (Kedah) tetapi oleh kerana arus terlalu deras, maka beliau terpaksa pergi ke Pulau Lanacui (Langkawi) untuk membeli lada dan berniaga di Langkawi.

Menurut sejarah pada kurun Masehi ke 17, pulau ini telah mengalami kemerosotan apabila Langkawi di sumpah oleh Mahsuri bahawa pulau ini tidak akan maju selama tujuh keturunan. Sejak daripada peristiwa tersebut Langkawi terus mundur dan tidak dikenali lagi.

Peristiwa sejarah menyayat hati tersebut dikenali sebagai Lagenda Mahsuri di mana Mahsuri telah dihukum bunuh kerana dituduh bermukah dan terjadilah sumpahan akibat hukuman tersebut. Peristiwa ini berlaku 200 tahun yang lalu apabila Ketua kampung Pulau Langkawi iaitu Datuk Seri Kerma Jaya ingin mengahwini Mahsuri, anak kacukan Siam yang jelita sebagai isteri keduanya. Hasratnya mendapat tentangan daripada isterinya yang bernama Mahura.

Akhirnya Mahsuri dikahwinkan dengan anak Ketua kampung yang tinggal di Kampung Mawat bernama Mat Deris. Mahsuri dituduh bermain kayu tiga dengan Deramang semasa suaminya ke medan perang. Mahura yang memang dengkikan Mahsuri telah menabur fitnah mengatakan kecurangannya hinggalah Mahsuri dihukum bunuh. Setelah dilontarkan lembing maka keluarlah darah putih dan berlakulah sumpahan ke atas pulau tersebut iaitu Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Selepas peristiwa tersebut, Langkawi diserang oleh tentera Siam hingga menjadi padang jarak padang terkukur. Makam Mahsuri yang tidak bersalah itu masih kekal hingga kini.

~PuLaU MaBuL~

Saturday, August 15, 2009

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter..Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.

Pulau Mabul juga merupakan tempat yg sesuai untuk honeymoon..maybe aku akan gi jugak 1 day coz aku suka pulau walaupun aku tak pandai berenang..tempat dia cantik sangat n airnya jernih sgt..kalah pulau perhentian..

Skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Aku geli belut ular..aku penah nampak jugak kat Pulau Perhentian dulu..

Ada banyak resort kat situ yg boleh dikategorikan untuk divers dan non-divers..

  • Mabul Island Resort
  • Sipadan-Mabul Resort(SMART)
  • Sipadan Water Village Resort
  • Borneo Divers Mabul Resort
  • Seaventure Platform
  • Mabul Water Bungalows
aku postkan Sipadan Water Village Resort sebab tempat nie paling best bagi aku..chalet dia cantik sangat..Chalet2 kat situ ader 5 chalet boleh dipilih..ikut budget la..

  • JUNIOR CHALETS

  • STANDARD CHALETS

  • DELUXE CHALETS
paling best lepak kat beranda malam-malam sambil dengar deruan ombak..boleh tertidur kat beranda jadinya...aku tetap akan pergi jugak Pulau Mabul..



~TiPs MeLanConG Ke ErOpaH~

Wednesday, August 12, 2009

Kebanyakan dari kita, terutama yang melancong ke luar negara, duit akan keluar macam air. Pertama disebabkan kadar pertukaran wang asing yang tinggi. Kedua sebab...tak tahan nak shopping!

Tapi tak semestinya kita papa kedana disebabkan benda ni. Ikut tips berikut, dan anda boleh jimat sebahagian besar dari perbelanjaan.

Bawak Ja Jan
Biskut, kek, roti, dan semua benda ni - masukkan dalam plastik 'zip', dan bawa kemana-mana. Kita selalu nak beli makanan masa melancong sebab lapar. Kita lapar pun sebab penat berjalan kesana kemari. Makanan Ja Jan ni boleh membantu tolong alas perut.

Bawa Botol Air Kemana-mana
Kalau kita asyik beli air, tanpa disangka-sangka kita dah berbelanja hampir beratus-ratus ringgit disebabkan air saja! Bayangkan kalau satu botol air di negara Eropah mungkin 2 hingga 3 Euro. Kalau sehari 3 kali beli, dah dekat 10 Euro. Itu dah RM50 sehari! Cuba bayangkan kalau seminggu!

Jadi, bawak je botol air. Kat eropah ni air paip selamat nak minum. Kalau ada botol kan senang? Pantang nampak paip je..isi botol tu. Tonggang lah puas-puas.

Cari Pakej
Kadang-kadang, ada pakej-pakej yang lebih murah diambil. Contohnya di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop-off. Bas tu kita boleh naik dan turun di mana-mana sahaja selama 24 jam. Dan bas tu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Uih, kalau nak bayar tambang sendiri tu boleh jadi mahal jugal.

Contoh kedua, kekadang ada hostel yang berikan breakfast percuma. (Bukan hotel yang mahal, hostel yang murah-murah pun ada). Buat lah research betul2 semasa merancang trip anda.

Jalan Kaki
Kita orang Malaysia ni...cukup malas bab nak jalan. Asal nak keluar sikit, kena naik kereta. Al maklum la..panas. Tapi semasa melancong, kalau kita jalan kaki, kita akan dapat melihat lebih banyak benda, dan juga jimat sikit tambang bas.

Banyak pengalaman manis saya adalah secara 'tak sengaja' disebabkan jalan kaki. Pernah kena jalan kaki selama 40 minit untuk kembali ke 'camping site'. Tapi pengalaman tu memang takleh lupa!

Beli Makanan di Kedai Runcit
Kat Europe ni, kalau nak makan kat restoran, berpeluh bulu ketiak. Ini antara tips yang paling penting untuk jimat duit. Beli makanan kat kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah shopping complex yang ada grocery store. Ha, masukkan semua makanan ni dalam beg, bila dah waktu makan, pergi la hampar kain sarung tu, dan 'picnic' kat tempat-tempat yang best. Lagi seronok.

Rata-rata kalau nak makan di restoran harganya jatuh dalam 7 hingga 15 Euro seorang. Yang halal pun bukannya banyak sangat dalam menu (menu ikan, sayur-sayuran, etc). Kebanyakan dari pengalaman saya makan di restoran..semuanya menyesal! Sebab..dah la bayar mahal...tapi kita takkan dapat tahu sedap atau tidak selagi makanan tak sampai. Sekali tak sedap...menyesal seumur hidup!

Kalau dah desperate sangat takda makanan pun, haa..kat Europe ada banyak gerai Kebab. Kebanyakkannya Halal (tapi ada yang tiada tanda halal). Tengok pada tempat, ada yang 3 Euro, ada yang menjangkau 12 Euro. Jadi tengok-tengoklah tanda harga dulu.

~TIPS NIE BKN HASIL PENGALAMAN AKU TAPI AKU AMBIL DARI BLOG LAIN SAJA AKU POST KER SINI DARI BLOG
www.tipsmelancong.blogspot.com~

~KoTa KiNaBalu~

Sunday, August 2, 2009

Tahun lepas aku ker Kota Kinabalu Sabah..nie first time aku naik kapal terbang..umur dah 26 tapi aku baru pertama kali naik kapal terbang..aku naik Air Asia..best gak..bertolak dari Penang Airport pagi..sampai Sabah dlm tgh ari mcm tu..masa sampai jer aku n family mkn dulu kat KFC Airport..punya la tk sedap Kfc Sabah..aku tk tau napa tk sama langsung mcm Kfc tempat lain..lain sangat rasa dia..tapi sebab lapar belasah jer makan..

Kami stay kat Promenade Hotel n Apartment..my dad amik Apartment..apartment tu besar..cantik la jugak..mula-mula aku ingat mcm buruk rupanya cantik..baru lagi..turun bawah ader Mc'Donald..apalagi mlm jer aku ngan adik-adik turun makan Mc'Donald.kebetulan apartment kami tingkat 3..

Bilik ader 2 katil besar..toilet pun cantik..sampai jer kitaorg rehat,tido jap,mandi n kuar mkn malam..yg bestnya kul 6 dah senja..kitaorang mkn kat gerai depan laut dekat ngan Promenade Apartment nie..Nah!ikan siakap tiga rasa, udang n sotong goreng tepung, kailan ikan masin n telur dadar..air pulak aku order fresh orange..aku tgk ader saiz kecik n besar gelas dia..aku n adik order 2 fresh orange gelas besar..sampai jer masing-masing terdiam tgk fresh orange kami..tau napa?gelas dah mcm 'jag'..besar gila..mana nk abis minum..dah la order 2..apalagi nasib ader adik laki aku n my dad sudi abiskan air tu..baru aku tau lain tempat lain style..tapi lauk-pauk mmg sedap..

Esok pulak pas mkn pagi n tgh ari kami ker Pasar Kraftangan..penuh gila 'Pearl'..asli ader tk asli pun ader..pandai-pandai tanya la..tawar menawar pun boleh..sempat gak la aku beli keychain bentuk gitar..cantik..murah pun murah..aku tk minat sgt Pearl nie..aku beli apa aku minat jer..tapi aku terlupa nak beli Kek Lapis..aku suka sgt kek lapis..

Pastu destinasi kami seterusnya ke Zoo Kok Lawi klu tk silap..not bad la..cuma binatang sume tdo kot..yg ader dok wat aksi mcm biasa la org utan n gajah..harimau tdo..ular pun tdo..byk binatang tdo kot..panas tkyah kata la..zoo nie pulak jauh sgt dari apartment kami..kami guna Tour Guide..baik abang yg antar kami nie..ramah pun ramah..

Last day kami bertolak ker airport kul 5.30pg ..awal gila ader kat airport..bgn tk yah kata la..aku 3.30 pagi dah bangun mandi..sampai airport ramai lagi ader kat sana..berlepas dari sana dlm kul 6 lebih la..aku pun tk ingat..sampai Penang kami ker Queensbay Mall..saja jalan kat sana sblm balik Kedah..

Tu lah perjalanan kami sekeluarga ker sana..nie aku post kan Promenade Apartment..


*
view luar Promenade Hotel and Apartment*



*
view dalam bilik untuk Family Suite*