Menurut sejarah Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.
Pulau Langkawi sudah lama terkenal di kalangan ahli-ahli pelayaran dan perniagaan dari barat dan timur sejak abad ke 15 lagi sebagai sebuah pulau yang banyak mengeluarkan hasil rempah dan lada hitam yang sangat diperlukan oleh negara barat.
Laksamana Cheng Ho seorang ahli pelayaran Cina yang termashyur ada mencatatkan Pulau Langkawi di dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 sebagai Pulau Long~ya~kioo~yi. Menurut lagenda daripada seorang General Peranchis yang bernama Augustin De Beaulien dalam buku catatan pelayarannya bahawa dalam tahun 1621 beliau hendak belayar ke Queda (Kedah) tetapi oleh kerana arus terlalu deras, maka beliau terpaksa pergi ke Pulau Lanacui (Langkawi) untuk membeli lada dan berniaga di Langkawi.
Menurut sejarah pada kurun Masehi ke 17, pulau ini telah mengalami kemerosotan apabila Langkawi di sumpah oleh Mahsuri bahawa pulau ini tidak akan maju selama tujuh keturunan. Sejak daripada peristiwa tersebut Langkawi terus mundur dan tidak dikenali lagi.
Peristiwa sejarah menyayat hati tersebut dikenali sebagai Lagenda Mahsuri di mana Mahsuri telah dihukum bunuh kerana dituduh bermukah dan terjadilah sumpahan akibat hukuman tersebut. Peristiwa ini berlaku 200 tahun yang lalu apabila Ketua kampung Pulau Langkawi iaitu Datuk Seri Kerma Jaya ingin mengahwini Mahsuri, anak kacukan Siam yang jelita sebagai isteri keduanya. Hasratnya mendapat tentangan daripada isterinya yang bernama Mahura.
Akhirnya Mahsuri dikahwinkan dengan anak Ketua kampung yang tinggal di Kampung Mawat bernama Mat Deris. Mahsuri dituduh bermain kayu tiga dengan Deramang semasa suaminya ke medan perang. Mahura yang memang dengkikan Mahsuri telah menabur fitnah mengatakan kecurangannya hinggalah Mahsuri dihukum bunuh. Setelah dilontarkan lembing maka keluarlah darah putih dan berlakulah sumpahan ke atas pulau tersebut iaitu Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Selepas peristiwa tersebut, Langkawi diserang oleh tentera Siam hingga menjadi padang jarak padang terkukur. Makam Mahsuri yang tidak bersalah itu masih kekal hingga kini.
- nak tahu lagi kisah Langkawi nie, layari laman web http://memori-kedah.net
0 comments:
Post a Comment