~Jom Cuti Fans~

~PuLaU MaBuL~

Saturday, August 15, 2009

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter..Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.

Pulau Mabul juga merupakan tempat yg sesuai untuk honeymoon..maybe aku akan gi jugak 1 day coz aku suka pulau walaupun aku tak pandai berenang..tempat dia cantik sangat n airnya jernih sgt..kalah pulau perhentian..

Skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Aku geli belut ular..aku penah nampak jugak kat Pulau Perhentian dulu..

Ada banyak resort kat situ yg boleh dikategorikan untuk divers dan non-divers..

  • Mabul Island Resort
  • Sipadan-Mabul Resort(SMART)
  • Sipadan Water Village Resort
  • Borneo Divers Mabul Resort
  • Seaventure Platform
  • Mabul Water Bungalows
aku postkan Sipadan Water Village Resort sebab tempat nie paling best bagi aku..chalet dia cantik sangat..Chalet2 kat situ ader 5 chalet boleh dipilih..ikut budget la..

  • JUNIOR CHALETS

  • STANDARD CHALETS

  • DELUXE CHALETS
paling best lepak kat beranda malam-malam sambil dengar deruan ombak..boleh tertidur kat beranda jadinya...aku tetap akan pergi jugak Pulau Mabul..



2 comments:

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

i love mabul island..tempat nie klu wat gi honeymoon best gila...jernih jer air...

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

pulau langkawi tkder ker?i suka langkawi nie..borong coklat paling best..